Monday 28 May 2012

SEMPENA 16 MEI- DEDIKASI BUAT SEMUA GURU

sempena
16 Mei ...


Dedikasi buat semua GURU

TERIMA KASIH GURU
                                      Ceritera Seorang Guru:
                              (oleh: Ismail Hj.Adnan, 1989,"Dia Seorang Guru")
                                          
                              Dia seorang guru tua sebuah sekolah
                              terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
                              penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
                              tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
                              sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah


                              Yang mengangkat harga diri dan maruah
                              dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
                              dengan kelkhlasan had dan pasrah
                              dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
                              yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah

                              berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah
                              Dia seorang guru pengganti ayah ibu
                              dia seorang guru pembentuk generasi baru
                              dia seorang guru pembina insan sepadu

                              dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
                              yang terus hidup sepanjang waktu
                              diimbau berbunyi dilihat bertemu.
                                     
                                                                                                                

                              



Wednesday 23 May 2012

RENUNGKAN SEJENAK

Renungkan Sejenak...

Kisah Pendidik Dunia & Akhirat ( untuk semua warga pendidik )



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Dia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur dan di tangan kanannya pula ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', dan jika saya angkat kayu pemad
am ini, maka katalah 'Pemadam!'.

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', dan jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. 



Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat-laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah dan hukum Islam dari semasa ke semasa.

"Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik. Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang mengasyikkan sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya guru kepada anak muridnya.

"Baik, untuk permainan kedua," Gurunya meneruskannya.

"Cikgu ada Al-Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimanakah caranya mengambil Al-Quran yang berada di tengah-tengah karpet tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan dia mengambil Al-Quran. "Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."

"Murid-murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan."

"Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasa pun tidak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tetapi mereka akan monolak kita secara beransur-ansur, sehingga kita tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dahulu, tentu sahaja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dahulu satu per satu, baru rumah boleh dihancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Mereka tidak akan menghentam terang-terangan, tapi merekaa akan perlahan-lahan merosakkan kita. Dimulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua ialah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita."

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tetapi sekarang tidak lagi."

"Seorang Raja kepada musuh Islam pernah berkata, jika kalian ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja, karena kalian telah kalah dihadapan mereka waktu kalian menggunakan senjata. Namun perangilah AKIDAH mereka, Hancurkan pikiran-pikiran mereka, 
Keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam, jadikan mereka bodoh terhadap akidah Islam, karena dalam akidahlah terletak kekuatan Islam, apabila akidah mereka telah keluar dari dada mereka maka mudah bagi kalian mengalahkan mereka, dengan senjata kita akan merugi banyak namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan merugi bahkan kaum muslimin akan merugi"

"Begitulah Islam, kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang."


PULAU-PULAU MENARIK DI TERENGGANU


PULAU-PULAU MENARIK DI TERENGGANU

Terengganu sememangnya diketahui ramai mempunyai koleksi pulau-pulau yang indah lagi mempesona. Pulau-pulau di Terengganu sering menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan. Antara pulau-pulau yang terdapat di sana ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau tenggol.



Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Kawasan Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman laut dan antara yang terbaik di Malaysia. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Merang di daerah Setiu.


Pulau Perhentian

Terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Boleh diakses melalui jeti Kuala Besut.


Pulau Kapas

Pulau Kapas merupakan tempat menarik untuk berenang, bermain kayak, snokerling, diving dan wind surfing. Untuk ke pulau ini hanya mengambil masa selama 10-30 minit dari jeti Marang.



Pulau Gemia

Pulau Gemia, sebuah pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Kapas. Pulau ini baru mendapat tempat dalam industri pelancongan di Malaysia. Setiap tahun, pulau ini akan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur.




Pulau Tenggol

Pulau Tenggol menjadi syurga buat penggemar aktiviti menyelam kerana keindahannya. Terletak kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Dungun.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI


Pulau Langkawi merupakan antara tempat yang menarik untuk dilawati. Rugi rasanya jika anda tak memilih Langkawi sebagai destinasi percutian anda musim cuti sekolah ni. Kepada yang belum merancang percutian masih sempat lagi untuk membawa anak-anak bercuti. Cuti sekolah sebegini lah waktu yang paling sesuai untuk membawa ank-anak bercuti. Jika ada duit lebih apasalahnya pergi melancong,bukannya selalu. Lagipun dapat juga lari dari stress di tempat kerja. Berikut adalah diantara destinasi pelancongan yang  menarik di Langkawi. Jom tengok.


Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk  Burau.Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet juga di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut . Ada orang kat opis saya dulu pernah cuba dan menjadi, mungkin tu secara kebetulan je. Apa-apa pun apa yang kita hajati perlulah diminta pada Allah swt.

Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang . Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai dengan pelbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut

Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .

Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..

Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam . 





Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15 meter telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.

Pelayaran ke pulau pulau
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukan keberanian manusia bermain dengan buaya.
 




Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dari Lapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .

Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .

Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus

Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .

Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .

Taman seluas 100km persegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .
Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .
Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUCHING

TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN UNTUK DILAWATI DI KUCHING


1) Sarawak Cultural Village


Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’ ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

2) Pasar Minggu di Jalan Satok
Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching ialah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka pada hari Sabtu petang dan pasar Ahad ini bermula pada jam 5 pagi.
 
Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan – semuanya di tengah-tengah bandar Kuching.
Berada di sini jangan sesekali lupa untuk singgah di pasar yang menjual ikan terubok masin. Harga memang murah berbanding di tempat-tempat lain. Lagi pandai menawar lagi berbaloi la jawabnya =)

 3) Kuching Waterfront
 
 Antara tempat yang mesti dilawati ialah Kuching Waterfront yang mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga.
 Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di sini kerana di sinilah antara sumber ole-ole anda untuk saudara mara dan sahabat anda ketika kembali.

 4) Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah hanya dua jam jauhnya dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter.
Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam.Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelawat mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.


Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelawat berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.

5) Taman Negara Bako


Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.

Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.


Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam.Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.

6) Pasar Serikin


Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari Semenanjung dan negara asing. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sana dengan harga yang berpatutan.


Di pasar Serikin ini, pengunjung dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada terdapat di Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan menarik hati. Biasanya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘janjan’ made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan amat kreatif. Ianya menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan.

  7) Jong’s Crocodile Farm
Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur.
 
Kalau timing melawat anda betul anda akan menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di sini. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya anda berminat boleh beli juga daging buaya yang telah dikeringkan.. =) Di sini juga ada menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.

Tuesday 22 May 2012

TEMPAT- TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

5 TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

Entri kali ini akan menyingkap serta memberi sedikit maklumat mengenai 5 tempat bersejarah yang menarik untuk di lawati sekitar Malaysia.

Kebanyakkan daripada tempat bersejarah ini merupakan tinggalan perang atau tinggalan agama pada suatu masa dahulu. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik menjadikan ianya satu tempat tumpuan pada masa dahulu.

 
LEMBAH BUJANG

  • Merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.
  • Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi, Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah negara luar seperti China.
  • Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di sinilah tempat yang bagus untuk dilawati
  • Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu pecahan seramik,kaca dan manik dari seluruh negara, runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu boleh didapati di sini.

ISTANA LAMA SERI MENANTI

  • Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar Negeri Sembilan sejak 1900-an lagi
  • Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat Minangkabau
  • Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina dengan menggunaka kayu dan terdiri daripada 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang seri.
  • Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai pasak digunakan.
  • Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium Diraja serta menempatkan artifak yang bersejarah.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT)

  • Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan daripada sebarang serangan luar
  • Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan daripada zaman kekuasaan masyarakat Belanda pada masa dahulu
  • Sebuah taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirikan di sekitar kawasan untuk pengunjung dan merupakan pemandangan pelancongan popular di pulau hari ini

BUKIT MELAWATI (MELAWATI HILLS)

  • Terletak di Kuala Selangor, Selangor
  • Kedudukannya amat strategik kerana terletak di kuala sungai Selangor, menghadap selat Melaka dan Sumatra, Indonesia
  • Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung
  • Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah rumah api, beberapa meriam lama, makam Sultan dan kerabat diraja, batu pancung dll.

KOTA A FAMOSA

  • Telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511
  • A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
  • Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka.

Tuesday 15 May 2012

PATUT BACA- KISAH PISANG

PATUT BACA

KISAH PISANG



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.                                  

(sumber:Fauziibrahim.com)